Pada 20 Disember 1925, Yang Amat Berbahagia Tun Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah no.18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak,Alor Setar, Kedah Darul Aman.Rumah Kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau,Mohamad bin Iskandar daripada seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. semasa dibeli rumah ini tidak dicat dan mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.
Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.
Projek membaik pulih Rumah Kelahiran Mahathir Muhamad ini adalah cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990. Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara memelihara dan memulihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Yang Amat Berbahagia Tun Dr.Mahathir dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemeliharaan. rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara Mei 1992.
Usaha memulihara dan memelihara rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah daripada lupus.
Projek untuk membesarkan Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Muhamad ini diteruskan pada 2000 dengan membina beberapa ruang tambahan bagi mempamerkan gambar-gambar dan artifak mengenai Tun Dr.Mahathir serta membaikpulih bangunan kilang ais yang terletak berhampiran dengan rumah berkenaan. Selain menempatkan ruang pameran, pembesaran kompleks ini juga memberi lebih keselesaan kepada pelawat-pelawat dengan menyediakan ruang-ruang seperti auditorium, surau, tandas awam, wakaf dan tempat letak kenderaan.
CADANGAN PELESTARIAN RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MUHAMAD
PROGRAM BERGERAK KE SEKOLAH
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi melestarikan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antaranya adalah dengan mewujudkan Program Bergerak ke Sekolah. Program yang dicadangkan boleh diadakan di semua sekolah sama ada sekolah menengah atau pun sekolah rendah di seluruh negara. Selain itu, penglibatan institusi pengajian tinggi dalam program ini juga merupakan salah satu usaha penglestarian yang mampu memelihara dan memulihara salah satu bangunan yang mengukir kenangan terindah dalam lipatan sejarah negara. Melalui Program Bergerak ini, akan memberi pendedahan tentang rumah kelahiran mantan Perdana Menteri Malaysia kepada generasi baru terutamanya pelajar sekolah yang sebelum bukan sahaja tidak pernah melihatnya bahkan ada sesetengah daripadanya tidak pernah mengetahui tentang kewujudan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Program Bergerak ke Sekolah ini boleh diadakan sepanjang tahun atau dijadikan sebagai salah satu acara tahunan di sekolah. Sebagai contoh, pameran mengenai rumah kelahiran tokoh negara ini diadakan sempena Minggu Sejarah dan Kemanusiaan yang merupakan salah satu acara sekolah yang wajib diadakan sekali setiap tahun bagi memupuk semangat cintakan sejarah dan tanah air dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, pameran ini juga boleh boleh diselitkan dalam program Hari Kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Melalui pameran yang diadakan ini, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai informasi tentang rumah kelahiran Tun Dr. Mahathit. Antaranya adalah seperti sejarah penubuhannya, lokasi dan sebagainya.
Di samping itu, dalam pameran ini juga para pelajar akan dibekalkan dengan pamplet yang memudahkan lagi proses penyampaian informasi tentang rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir.terdapat pelbagai informasi telah dimuatkan dalam pamplet tersebut. Antaranya adalah seperti sejarah awal kewujudan rumah tersebut, tarik dibaik pulih dan bahagian-bahagian yang terdapat dalam rumah tersebut seperti ruang tamu, dapur, dan kamar tidur. Selain itu, pamplet ini juga meyertakan alamat lengkap lokasi rumah tersebut serta tarikh dan masa lawatan yang dibenarkan bagi pengunjung.
Selain itu, bagi menarik minat pelajar serta ibu bapa terhadap Program Bergerak ini, agen sampingan lain juga boleh digunakan agar program yang diwujudkan ini memberi kesan yang positif dalam usaha melestarikan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Antaranya adalah dengan menggunakan khidmat selebriti menarik perhatian masyarakat umumnya ter hadap program tersebut. Hal ini berikutan, golongan selebriti kebanyakannya dikenali umum dan mempunyai ramai peminat. Oleh yang demikian, dengan menjadikan mereka sebagai duta sedikit sebanyak menarik perhatian pelajar serta masyarakat umumnya dan mempromosikan lagi program ini di samping mempopularkan bangunan bersejarah tersebut. Hal ini sekali gus menjadi proses perlestarian bangunan tersebut lebih berkesan dan berjaya.
PENERBITAN RANCANGAN KHAS DALAM MEDIA ELEKTRONIK
Selain mengadakan Program Bergerak ke Sekolah, langkah lain bagi melestarikan rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir adalah dengan menerbitkan rancangan-rancangan khas yang memaparkan kepada umum tentang kewujudan bangunan tersebut dan nilai sejarah yang ada padanya. Langkah ini dilihat sebagai salah satu langkah yang proaktif dalam menjana pemikiran masyarakat khasnya generasi baru supaya mempunyai nilai patriotisme yang tinggi dalam diri masing-masing. Antara penerbitan yang boleh dilakukan misalnya adalah dengan meyelitkan satu segmen khas dalam rancangan Panorama yang disiarkan di TV1. Sebagai contoh, segmen tersebut dikenali segmen ”Monumen Warisan” yang mana segmen ini memaparkan tentang bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia dah salah satu daripada bangunan bersejarah yang mengisi slot mingguan tersebut ialah rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dengan penerbitan rancangan ini juga diharapkan agar dapat menyedarkan golongan korporat terhadap nilai-nilai sejarah yang terdapat dalam bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia khasnya rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sekali gus dapat menarik minat mereka untuk melakukan tanggungjawab sosial dengan menyumbang dari segi kewangan agar bangunan tersebut dipelihara dan dipulihara dengan sebaik mungkin. Di samping itu, tanggungjawab sosial juga boleh disumbangkan dengan mempromosikan bangunan bersejarah tersebut agar keunikan warisan tinggalan sejarah tersebut dapat diperkenalkan dalam dan luar negara.
MENCIPTA LAMAN WEB UNTUK TATAPAN UMUM
Selain itu, salah satu program pelestarian yang dicadangkan oleh kumpulan kami adalah melalui penubuhan laman web khas untuk Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad. Dengan ini kami telah mencipta laman web yang dimaksudkan dengan melayari laman web http://rumahkelahirandrmahathir.blogspot.com untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai segalanya yang berkaitan dengan tempat bersejarah tersebut.
Melalui cara ini diharapkan sesiapa sahaja yang melayari laman web ini akan tertarik untuk melihat sendiri tempat tersebut sekaligus dapat menerapkan unsur sayang dan cintakan tempat bersejarah khususnya Rumah Kelahiran Mahathir Muhamad. Program melalui laman web ini diharapkan menjadi wadah untuk pelestarian tempat bersejarah kerana ianya akan memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada umum mengenai betapa pentingnya menjaga tempat bersejarah dan seterusnya memelihara dan memulihara tempat tersebut agar ia dapat menjadi tatapan generasi akan datang.
Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya mereka boleh mendapatkan maklumat melalui laman web ini sebagai rujukan kepada mereka menyiapkan kerja khusus mereka. Secara tidak langsung ia akan menarik pelajar untuk menghayati nilai-nilai sejarah yang kami terapkan melaui laman web ini. Hal ini akan menjadi sebagai salah satu cara yang dapat melestarikan Rumah Kelahiran Mahathir Muhammad.
Ibu bapa juga boleh meluangkan masa bersama anak-anak mereka dengan melayari laman-laman web yang berguna untuk menunjukkan kepada anak mereka keunikan sejarah di Malaysia. Laman web ini boleh menjadi salah satu laman yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Pada kesempatan yang lain, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat tersebut. Kesannya, diarapkan agar melalui laman web ini, program melestarikan Rumah Kelahiran Mahathir Muhammad dapat dilaksanakan dengan baik dan warisan itu dapat dikekalnya untuk generasi akan datang.
MENYEDIAKAN SEGMEN RASMI MENGENAI SEJARAH DALAM SURAT KHABAR DAN MAJALAH.
Seterusnya, langkah pelestarian yang kami cadangkan adalah menyediakan segmen rasmi mengenai sejarah dalam surat khabar dan majalah contoh dimuatkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Pelita Bahasa dan majalah ilmiah yang lain. Maksudnya di sini, sesiapa sahaja boleh menulis artikel mengenai apa sahaja tempat bersejarah. Slah satu contohnya seperti Rumah Kelahiran Mahathir Muhamad. Secara tidak langsung, penulisan ini akan menarik minat orang ramai untuk menulis mengenai pendapat mereka, cadangan yang membina serta memberi idea baru untuk memelihara dan memulihara tempat-tempat bersejarah di negara kita.
Pendekatan ini akan memberi impak kepada sesiapa sahaja yang membacanya agar terus menanamkan sifat cinta akan tempat sejarah tersebut. Melalui penulisan ini, seluruh rakyat Malaysia akan mendapat maklumat mengenai tempat bersejarah yang kadang-kadang belum pernah mereka ketahui. Di samping memberi pengetahuan dan maklumat, cara ini juga akan menggalakkan orang ramai terutamanya daripada kalangan penulis muda, pelajar Institusi Pengajian Tinggi, golongan pemikir dan sesiapa sahaja boleh berkongsi idea dan pendapat mereka mengenai tempat-tempat bersejarah di Malaysia.
MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN
Selanjutnya idea perlestarian yang boleh diaplikasikan di tempat kelahiran Dr. Mahathir Mohammad adalah dengan menjaga kebersihan dan keindahan kawasan sekitarnya. Dengan menjaga kebersihan dan keindahan tempat berkenaan kita dapat menggalakkan komuniti masyarakat untuk mengunjungi tempat tersebut. Melalui pendekatan ini, kami mencadangkan agar kawasan sekitar tempat tersebut di tanam dengan Bunga Orkid yang beraneka jenis dan warna. Seperti yang kita sedia maklum, di Malaysia sudah terdapat Taman Orkid yang menempatkan pelbagai jenis Bunga Orkid dari dalam dan luar negara. Justeru mengapa tidak kita menjadikan Bunga Orkid sebagai satu tarikan kepada pengunjung untuk melawat ke Rumah Kelahiran Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad.
Selain dapat melihat keunikan Bunga Orkid tersebut, pengunjung juga dapat mengenal sejarah kelahiran bekas Perdana Menteri kita. Seperti yang kita ketahui Bunga Orkid mempunyai peminatnya yang tersendiri, justeru dengan mencantumkan kombinasi flora iaitu Bunga Orkid dan sejarah akan dapat menarik ramai pengunjung untuk melawat di tempat tersebut. Selain itu, kita juga perlulah menjaga kebersihan kawasan tersebut agar tidak mencacatkan suasana persekitaran yang indah itu. Sampah sarap seperti tin minuman, plastik, dan kertas hendaklah dibuang ke dalam tong kitar semula yang telah disediakan. Selain menikmati keindahan flora yang terdapat di kawasan tersebut, kita juga dapat mengenal sejarah dan sekaligus menjadikan kita sebagai pengunjung yang berhemah.
Justeru media massa perlu memainkan peranan yang penting supaya orang ramai akan lebih mengenali tempat kelahiran bekas mantan Perdana Menteri kita. Sekiranya kita lihat dalam televisyen terdapatnya program “Hari Ini dalam Sejarah”, namun dengan kombinasi bunga orkid dan sejarah tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir Muhammad kami mendapat ilham untuk menggabungkan kedua-dua eleman ini sebagai “Flora dan Sejarah Kita”.
MENERBITKAN BUKU TENTANG SEJARAH TEMPAT KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR MUHAMMAD
Seterusnya langkah perlestarian yang dicadangkan oleh kumpulan kami adalah dengan menerbitkan sebuah buku tentang sejarah bekas mantan Perdana Menteri kita di tempat kelahirannya. Saiz buku tersebut adalah kecil seperti buku penguat memori manakala kandungannya adalah padat dengan gambar khususnya gambar ketika zaman muda Tun Dr. Mahathir Muhammad. Kumpulan kami juga mencipta satu tajuk yang sesuai untuk buku tersebut iaitu “He Is A Right Person”. Buku ini akan diedarkan ke institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah dalam edisi terhad supaya orang ramai merebut peluang untuk mendapatkan buku tersebut. Dengan adanya buku ini, orang ramai akan dapat mengetahui sejarah di mana Tun Dr. Mahathir Muhammad dilahirkan, sejauh mana tahap pencapaian pendidikan beliau, dan sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara Malaysia. Sesungguhnya kita perlu berasa bertuah kerana dengan kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohammad, Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang maju. Kini Malaysia dikenali di seluruh dunia dan mampu bersaing di arena antarabangsa.
Sasaran pembaca dalam penerbitan buku ini adalah pelajar, mahasiswa, dan kanak-kanak. Matlamat utama kami terhadap idea penghasilan buku ini adalah untuk memupuk minat membaca dan menyebarkan pengetahuan kepada masyarakat. Selanjutnya menggalakkan orang ramai mengunjungi tempat berkenaan. Diharapkan dengan kelahiran buku ini sebagai satu penghargaan kepada seorang tokoh yang terkenal iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad yang kami banggakan.